Friday 11 March 2011

PALING TERKINI 11 MARCH TSUNAMI DAN GEMPA BUMI MELANDA JEPUN

praY FOR JApan and semua NEGARA-negara YANG bakal alami TSUNAMi sebentaR nanti,,,,


jEPUN  gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. lebih 53 negara diberikan amaran tsuNami termasuk Malaysia dilaporkan juga dijangkakan dalam bepe minit lagi tsunami akan berlaku di persisiran pantai sabah dan sarawak,,,tepat 6,30 petang,marilah kite semua mendoakan keselamatan seluruh rakyat kita pada nelayan-nelayan dan juga feri-feri juga kapal-kapal ,







TERKINI JEPUN

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya. Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar. Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan. Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan. Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah. 


semua musnah dalam sekelip mata
tgklah kemusnahan















gambar tsunami di jepun


0 comments: